China Semakin Pesimis Terhadap Perkembangan Perjanjian Perdagangan – USD Semakin Tertekan!

248

Perkembangan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China kurang memberangsangkan bagi pihak Beijing berikutan Presiden Donald Trump berkeras tidak mahu membatalkan pengenaan tarif, dimana China mempercayai bahawa A.S telah bersetuju bahawa pihak mereka akan menarik semula pengenaan tarif yang dikenakan. Kenyataan ini dikeluarkan oleh salah satu sumber kerajaan China.

Pada awal bulan Oktober, pihak Amerika Syarikat dan China telah bersetuju unutk beriltizam dalam menjayakan perjanjian perdagangan “fasa pertama”. China telah mendesak agar tarif tambahan yang dikenakan ke atas barangan kedua belah pihak dihapuskan. Menurut jurucakap Menteri Perdagangan China, Gao Feng pada awal bulan ini bahawa A.S dan China telah bersetuju dan sepakat dalam menjadikan penghapusan tarif sebahagian daripada butiran perjanjian fasa pertama.

Walaubagaimanapun, pada minggu lepas Trump menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju menghapus tarif yang dikenakan ke atas barangan China. Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh China sehingga mengurangkan harapan pasaran bahawa konflik perdagangan akan dapat diselesaikan.

Setakat ini perang dagang antara kedua-dua ekonomi besar dunia ini telah berlanjut selama hampir 2 tahun. Pentadbiran Trump telah mengenakan $500 billion ke atas produk China manakala Beijing telah mengenakan sebanyak $110 billion ke atas produk Amerika Syarikat.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan sust sedikit sebanyak 0.12% pada paras 97.750 setakat jam 10.35 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat