China ‘Sentap’ Dengan Gelaran ‘Virus Wuhan’, Tuduh AS Punca Sebenar Coronavirus!

2,485

Ketika jumlah kes jangkitan coronavirus semakin berkurangan di China, negara itu kini cuba menolak dakwaan bahawa asal usul wabak pandemik itu berasal dari bandar Wuhan.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Zhao Lijian mendakwa dalam satu kenyataannya di Twitter bahawa wabak COVID-19 mungkin dibawa masuk oleh tentera Amerika Syarikat ke bandar Wuhan.

Kenyataan tersebut dibuat setelah negara itu menerima kritikan hebat dari negara-negara seluruh dunia yang menyalahkan China yang gagal menangani penularan wabak itu sehingga menyebabkannya kini menjadi pandemik.

Malah, tindakan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo yang menggunakan istilah ‘virus Wuhan’ dalam setiap ucapannya, telah mencetuskan kemarahan China dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang hina.

Namun begitu, bukan Pompeo sahaja yang menggunakan istilah tersebut, bahkan pegawai-pegawai politik dari negara utama lain turut terlibat sama.

Hal ini merujuk kepada Presiden AS Donald Trump yang memulakan ucapannya dengan menyebut mengenai wabak ‘yang bermula di China’.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Robert O’Brien yang juga penasihat keselamatan kebangsaan AS menegaskan bahawa virus itu berasal dari Wuhan.

Beliau turut menyalahkan kerajaan China yang gagal bertindak secepatnya dalam membendung penularan wabak COVID-19 sejak ia mula dikesan di negara itu sehingga membebankan masyarakat di seluruh dunia yang turut menerima tempias.

Ini menyebabkan Beijing berang dengan kenyataan tersebut dan menyifatkannya sebagai sangat tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat