China Setuju Untuk Disiasat, Sediakan Peruntukan Bernilai $2 Bilion

431

Mengalah atau memilih untuk bersikap terbuka?

Menerusi kenyataan oleh Presiden China, Xi Jinping akhirnya mengumumkan keputusan mereka untuk membenarkan kes Covid19 disiasat seperti yang digesa oleh pihak Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

Xi yang pertama kali tampil dalam pertemuan World Health Assembly semalam, mempertahankan negaranya dengan menyatakan tindakan tersebut merupakan tanda bahawa mereka bersikap telus dan telah berusaha sehabis mungkin dalam membantu negara lain yang memerlukan dalam usaha menangani wabak coronavirus.

Namun begitu, beliau mencadangkan siasatan tersebut dijalankan dengan tertib dan profesionalisme. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memainkan peranan mengetuai siasatan tersebut.

Beliau juga berjanji vaksin yang sedang pihak mereka kaji akan membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat dunia. Mereka akan menyumbangkan kebaikan vaksin tersebut terutama kepada negara yang sedang membangun.

Walaupun dikritik teruk oleh AS dan Kesatuan Eropah terhadap cara China mengawal pandemik ini, Xi menegaskan bahawa pihak mereka telah bertindak sewajarnya dan bertanggungjawab dalam memberi maklumat mengenai wabak kepada WHO dan negara berkaitan.

Malah, mereka juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan keputusan kajian seawal mungkin serta berkongsi cara kawalan dan pengalaman rawatan tanpa had.

Tidak cukup dengan itu, Xi mengumumkan China akan memperuntukkan dana sebanyak US$2 bilion selama dua tahun dalam usaha membantu negara yang terkesan, terutama negara membangun sepanjang kawalan wabak Covid19.

Pemerintah itu juga dilihat begitu mengambil berat terhadap negara miskin terutamanya Afrika, negara yang terkenal dengan kelemahan sistem kesihatan. Beliau tidak teragak-agak menjelaskan pihak mereka akan mempercepatkan penubuhan institut kawalan dan pencegahan penyakit di benua itu sekaligus akan bergabung dengan 30 hospital di Afrika dalam usaha membantu masyarakat Afrika menangani wabak ini.

Menerusi Menteri Kesihatan Australia, Gregory Hunt, beliau berpendapat persetujuan daripada China untuk disiasat merupakan peluang WHO untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa sebagai satu mandat yang melindungi dunia daripada pasar hidupan liar dan pasar basah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat