China Sudah Mula Iktiraf Bitcoin Dan Kripto?

1,962

Baru-baru ini, telah terdapat laporan yang memberi indikasi bahawa Bitcoin dijangka akan menang besar di China setelah pegawai tinggi kerajaan mengiktiraf bahawa kripto adalah sebagai salah satu alternatif pelaburan. Perkara ini menjadi satu penanda aras mengingatkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan China untuk mengharapkan kripto sebelum ini.

Pada tahun 2017 lepas, kerajaan China telah melarang ICO, pertukaran matawang kripto, mengusir syarikat Binance dari beroperasi di China. Walaubagaimanapun, komen timbalan ketua Bank Rakyat China membawa indikasi bahawa kerajaan China mula lembut terhadap industri kripto dan pelaburan Bitcoin.

Dalam temubual di CNBC, Li Bo mengatakan bahawa walaupun Bitcoin dan stablecoin tidak dianggap sebagai mata wang sebenar namun ia boleh dianggap sebagai aset kripto dan alternatif pelaburan.

Dalam masa yang sama, lanjut Li Bo menyatakan bahawa banyak negara, termasuk China, sedang mencari pilihan bagaimana menangani pasaran kripto yang sedang berkembang. Li bersetuju bahawa kerangka peraturan yang tepat diperlukan untuk mencegah risiko kewangan yang mungkin timbul.

Penganalisis berpendapat bahawa China melonggarkan sekatan yang tegas terhadap Bitcoin untuk mendapatkan sokongan bagi CBDC. Atas dasar tersebut, LI Bo meletakkan Bitcoin dan Stablecoins sebagai alternatif pelaburan.

China mempunyai penduduk terbesar di dunia, dan sebagai ekonomi gergasi. Sekiranya sekatan Bitcoin dicabut, pasaran kripto dapat melihat aliran masuk yang besar dari pelabur China dan akhirnya meningkatkan permintaan dan nilai BTC. Sebagai peneraju pasaran, tindakan China dapat mendorong lebih banyak pentadbiran yang skeptikal terhadap kripto untuk menerimanya juga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat