China Tak Beri Muka – IP Pengguna Kripto Akan Dijejak!

1,352

Kerajaan China dilihat tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk berhenti daripada mengenakan tindakan keras terhadap industri kripto. Walaupun terdapat garis panduan larangan kripto yang baru, namun pihak berkuasa Beijing masih mengemaskini dari semasa ke semasa dan cuba untuk terus menekan mereka yang terlibat dengan kripto.

Terbaru ini, pihak berkuasa mengambil tindakan keras termasuk mengesan alamat IP pengguna warganegara bagi melihat adakah pengguna terlibat dengan perlombongann kripto atau tidak.

Berdasarkan dokumen terbaru yang didedahkan oleh wartawan tempatan China, Colin Wu, terdapat dokumen yang menyenaraikan sebilangan alamat IP dengan kegiatan kripto yang terlibat.

Mengikut garis panduan larangan kripto terbaru, Bank Pusat China menganggap semua transaksi kripto tidak sah dan juga mengarahkan pihak berkuasa untuk menghentikan operasi perlombongan sama ada yang beroperasi berskala kecil mahupun berskala besar.

Walaupun tindakan keras terhadap perlombongan kripto pada bulan Mei tahun ini memaksa sebahagian besar ladang perlombongan kripto besar untuk berpindah, namun banyak pusat perlombongan kecil dan sederhana masih boleh dijalankan. Namun, sekarang tidak lagi.

Sikap tegas China terhadap kripto bukanlah perkara baru, tetapi langkah terbaru yang diambil oleh pihak berkuasa menunjukkan mereka merancang untuk membasmi penggunaan kripto sepenuhnya.

Ramai yang percaya bahawa tindakan pihak berkuasa China terhadap kripto yang semakin meningkat adalah kerana bagi memberi laluan pada yuan digital CBDC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat