China Tak Jujur Tentang Vaksin Mereka!-Brazil

842

Berdasarkan sebuah kenyataan, pengawal selia kesihatan Brazil, Anvisa mendedahkan bahawa pihak berkuasa kesihatan China tidak telus dalam mengemukakan kelulusan untuk penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 mereka serta didakwa boleh meningkatkan ketegangan politik di negara Amerika Selatan.

Menurut Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, yang juga merupakan pengkritik China telah berulang kali menimbulkan keraguan terhadap vaksin CoronaVac yang dibangunkan oleh China Sinovac Biotech Ltd.

Sementara itu, Gabenor Sao Paulo Joao Doria, musuh Bolsonaro, mengatakan bahawa negara itu dijangka akan mulai memberi vaksin kepada penduduknya pada bulan Januari, walaupun negara itu tidak akan dapat menggunakan CoronaVac sehingga ianya diberikan kelulusan oleh Anvisa.

Di samping itu, Brazil dianggap sebagai pemimpin antarabangsa dalam proses penilaian untuk CoronaVac.

Untuk pengetahuan semua, vaksin berkenaan telah memperoleh kelulusan penggunaan kecemasan di China sejak bulan Jun yang lalu. Namun, kerajaan didakwa tidak telus dalam berkongsi maklumat tentang kriteria vaksin tersebut. Menurut jurucakap kementerian luar China, Wang Wenbin mendakwa bahawa negara itu sangat mementingkan keselamatan dan keberkesanan vaksinnya.

Walau bagaimanapun, wakil Sinovac enggan mengemukakan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Tambahan daripada itu, CoronaVac sedang menjalani ujian Fasa 3 di Sao Paulo. Oleh itu, data keberkesanannya akan dikeluarkan pada 23 Disember, meskipun lewat daripada waktu yang dijangkakan kerana penggunaan ukuran sampel yang lebih besar dan analisis yang lebih lengkap akan dikemukakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat