China Tetap Tak Nak Kalah Dengan AS!

340

Menurut sebuah sumber. China sedang merancang satu polisi kerajaan yang baru untuk mengembangkan industri semikonduktor domestiknya yang dikenali sebagai semikonduktor generasi ketiga dan mengatasi sekatan pentadbiran Trump, yang memberikan keutamaan yang sama terhadap usaha yang dilakukan untuk membangun kemampuan atomnya.

Untuk pengetahuan semua, semikonduktor generasi ketiga terutamanya chipset yang diperbuat daripada bahan seperti silikon karbida dan gallium nitrida. Ianya mampu untuk berfungsi pada frekuensi tinggi dan dalam persekitaran kuasa dan suhu yang lebih tinggi, dan banyak digunakan dalam cip frekuensi radio 5G, radar tentera, dan kenderaan elektrik. Bahkan China bakal menjadi negara pertama yang menguasai teknologi berkenaan.

Selain itu, pemimpin tertinggi China didakwa akan berkumpul pada bulan depan untuk menyusun strategi ekonomi mereka untuk setengah dekad berikutnya, termasuk usaha untuk meningkatkan penggunaan domestik dan mempelopori bidang teknologi. Presiden Xi Jinping telah menjanjikan sebanyak $ 1.4 trilion hingga 2025 untuk sektor teknologi mulai dari rangkaian tanpa wayar hingga kecerdasan buatan. Semikonduktor adalah asas bagi hampir setiap komponen teknologi China. Oleh itu, pentadbiran Trump semakin agresif mengancam untuk menghentikan bekalannya dari luar negara.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dan Wang, penganalisis teknologi di firma penyelidikan Gavekal Dragonomics, kepimpinan negara itu mula sedar bahawa semikonduktor menjadi asas penting untuk semua teknologi canggih, dan tidak lagi bergantung kepada bekalan Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, untuk mengatasi sekatan AS yang lebih ketat terhadap akses cip, tindak balas China hanya dapat terus mendorong industri sendiri untuk berkembang.

Sementara itu, saham di beberapa syarikat pembuat cip utama China telah mencatatkan peningkatan. Antaranya ialah Shanghai Fudan Microelectronics Group Co yang didakwa meningkat sebanyak 4.3% di Hong Kong. Manakala Will Semiconductor Ltd yang merupakan firma cip Cina telah tersenarai sebagai syarikat kedua yang mencatatkan nilai tertinggi dengan peningkatan hampir 10%. Tambahan daripada itu, Xiamen Changelight Co ditutup dengan merekodkan peningkatan sebanyak 14% sementara Focus Lightings Tech Co melonjak 5.6%

Walau bagaimanapun, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal berkaitan dengan teknologi, tidak mahu mengemukakan apa-apa respon berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, China mengimport litar bersepadu bernilai lebih dari $ 300 bilion setiap tahun dan pemaju semikonduktornya bergantung kepada alat dan paten reka bentuk cip buatan Amerika Syarikat, serta teknologi pembuatan dari sekutu negara itu. Tetapi, krisis yang bagaikan tiada penamat antara 2 buah negara itu telah menyukarkan syarikat China untuk memperoleh komponen dan teknologi pembuatan cip dari luar negara.

Lebih parah lagi, kerajaan Amerika Syarikat telah menyenarai hitam puluhan syarikat teknologi China sehingga mereka tidak dapat membeli alat ganti Amerika, dan menyekat aplikasi TikTok milik ByteDance Ltd dan WeChat dari Tencent Holdings Ltd. Manakala syarikat gergasi teknologi Huawei Technologies Co, pentadbiran Trump turut menjalakan sekatan terhadap syarikat itu dan menekan sekutunya untuk turut melakukan demikian serta menyingkirkan peralatan syarikat itu dari rangkaian telekomunikasi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat