China Tetap Untung Walaupun ‘Berperang’ Dengan AS!

446

Berdasarkan sebuah laporan, China telah mengumpulkan sebanyak $ 6 bilion dalam terbitan bon dolar yang ditawarkan kepada pelabur AS untuk pertama kalinya hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya 3 November.

Selain itu, perjanjian itu merupakan bon dalam mata wang asing kelima sejak China mengembalikan program penjualan offshore debt pada tahun 2017, serta berjaya menerima pesanan sebanyak $ 27.2 bilion.

Di samping itu, China juga dikhabarkan telah menerbitkan bon empat dolar dan satu bon euro dalam tiga tahun terakhir.

Sementara itu, hutang tersebut berharga 25 mata asas di atas Perbendaharaan AS untuk tahap tiga tahun $ 1.25 bilion, 30 mata asas untuk tahap 5 tahun  $ 2.25 bilion, 50 mata asas untuk tahap 10 tahun  $ 2 bilion dan 80 mata asas untuk jangka masa 30 tahun  $ 500 juta.

Menurut kementerian kewangan China, penerbitan bon tersebut dapat membantu dan meningkatkan prestasi pasaran China.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah pertama kalinya China menawarkan hutang kepada pelabur yang berpangkalan di AS yang paling aktif dalam jangka masa transaksi yang lebih lama. Pelabur AS., terutamanya pengurus dana, adalah pembeli terbesar dalam jangka masa 30 tahun, membuat pembelian sebanyak 47% daripada $ 500 juta yang ditawarkan.

Hal ini demikian kerana ketegangan yang semakin meningkat antara Washington dan Beijing tidak menghalang pelabur yang berpangkalan di AS untuk mengambil bahagian dalam perjanjian itu.

Tambahan daripada itu, perjanjian tersebut telah diputuskan semalam kerana perselisihan antara Washington dan Beijing tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih.

Bahkan Jabatan Luar Negeri AS telah mengemukakan cadangan untuk pentadbiran Trump untuk menambahkan Kumpulan Ant China ke dalam senaraihitam perdagangan, sebelum firma teknologi kewangan itu dijadualkan untuk dipublikasikan di Shanghai dan Hong Kong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat