China Tidak Akan Berdiam Diri!

1,635

China nampaknya tidak menyenangi laporan mengenai dua kumpulan kapal induk Amerika Syarikat yang melakukan latihan bersama di Laut China Selatan pada hari Selasa,beberapa hari selepas kapal perang AS berlayar berhampiran pulau-pulau yang dikuasai China di perairan dipertikaikan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin mengatakan bahawa mereka akan terus mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan.

Terdahulu, dua kumpulan kapal induk AS, Theodore Roosevelt Carrier Strike Group dan Nimitz Carrier Strike Group dilaporkan sedang melakukan latihan di Laut China Selatan.

Menurut Angkatan Laut AS, latihan tersebut dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kebolehoperasian antara aset serta kemampuan perintah dan kawalan.

Latihan itu dilakukan beberapa hari selepas China mengecam pelayaran kapal perang, USS John S. McCain, berhampiran Kepulauan Paracel yang dikuasi oleh China, yang mana ia dianggap oleh AS sebagai operasi kebebasan navigasi, iaitu misi pertama oleh tentera laut AS sejak Presiden Joe Biden mengambil alih jawatan.

Umum mengetahui bahawa sebelum ini Amerika telah menentang tuntutan China di wilayah tersebut, dan menyifatkan tindakan Beijing membuli beberapa negara dengan mengawal perairan itu adalah tidak sah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat