China Tidak Jujur Dalam Melaporkan Kes Coronavirus?

1,647

White House dilaporkan meragui maklumat yang dikeluarkan oleh China mengenai kes wabak coronavirus, lebih-lebih lagi selepas berlaku peningkatan mendadak dalam laporan pada Khamis.

Menurut laporan terbaru, Suruhanjaya Kesihatan China hari ini melaporkan bahawa berlaku kesilapan dalam pengiraan angka kematian di wilayah Hubei, menyebabkannya terpaksa menolak 108 kematian daripada jumlah semasa.

Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini meningkat 1,380 selepas berlaku penambahan baru yang melibatkan 121 nyawa hari ini.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, terdapat juga keraguan di kalangan para penyelidik bahawa jumlah yang dinyatakan tidak menggambarkan impak daripada virus itu yang sebenarnya.

Memetik kepada artikel perubatan Lancet yang diterbitkan bulan lalu, dianggarkan bahawa terdapat lebih daripada 75,000 kes di China pada 25 Januari.

Di samping itu, Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow meluahkan kekecewaannya terhadap kekurangan ketelusan China berhubung krisis coronavirus, berbeza dengan Presiden A.S Donald Trump yang menyatakan keyakinannya dengan tindakan diambil oleh Beijing dalam usaha menangani wabak ini.

Kudlow berkata bahawa pentadbiran Trump sangat kecewa kerana Beijing enggan menerima tawaran Washington untuk menghantar pasukan pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S untuk membantu China.

Presiden China Xi Jinping telah memberi jaminan kepada Presiden Trump bahawa Beijing sedia menerima pertolongan A.S, tetapi pada hakikatnya mereka tetap tidak membenarkannya, kata Kudlow.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat