China Yang Buat Hal, Apple Yang Terpaksa Tanggung Rugi Berganda

407

‘Kalau China tutup bukan Apple je terkesan, semua syarikat boleh mati kutu.’

Apple Inc alami kerugian 2.63% pada pagi ini dengan berita-berita protes di China menggusarkan keyakinan pelabur luar dan dalam negara.

Pada hujung minggu berlaku protes di bandar-bandar utama China selepas dasar sifar Covid-19 kerajaan gagal mengekang lonjakan kes, malah menyebabkan 10 kematian.

Ia dikeruhkan lagi dengan desakan warga China yang mahukan Presiden Xi Jinping turun jawatan, selain berlaku konfrontasi antara penduduk dan pihak berkuasa.

Rentetan itu, muncul kebimbangan dalam kalangan pelabur berkenaan kemungkinan negara ekonomi ke-2 terbesar dunia tersebut alami sekatan (lockdown) yang akan mengeruhkan masalah rantaian bekalan global.

Ini bermakna firma pembekal Apple di China, Foxconn turut terkesan sehingga memberi impak kepada pengeluaran model iPhone 14 menjelang tempoh pembelian musim cuti yang bermula semasa Black Friday.

Ulas nota Wedbush Securities bahawa pengeluaran produk iPhone untuk suku terkini akan berkurangan antara 5% ke 10% sementara penganalisis KGI Securities meramalkan 12% atau sekitar 10 juta unit bagi tempoh berakhir Disember.

Tambah penganalisis JP Morgan pula cabaran dalam pengeluaran di bandar-bandar utama China akan mengehadkan operasi, seterusnya mencetus masalah bekalan dan permintaan.

Setakat ini pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan berkenan firma pembekalnya di China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat