CJ Century Akan Bantu Astro Bergerak Maju

611

Sama-sama naik!

CJ Century Logistics Holdings Bhd telah menandatangani perjanjian pergudangan, pemenuhan pesanan dan perkhidmatan logistik bersama Astro Malaysia Holdings Bhd.

Menurut ketua pegawai eksekutif CJ Century, Steven C.H Teow, kerjasama itu akan berkuat kuasa pada 1 Disember selama 3 tahun dengan pilihan untuk lanjutan 2 tahun lagi selepas tamat tempoh awal.

Tambahnya lagi, kerjasama tersebut datang pada masa yang sangat sesuai dan menandakan permulaan baharu bagi syarikat itu terutama sekali selepas pelupusan unit perkhidmatan kuriernya yang merugikan baru-baru ini.

CJ Century menyatakan nilai model mereka merangkumi perkhidmatan pergudangan dan pengedaran yang berskala serta disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan, di samping meningkatkan kecekapan operasi mereka. Dalam pada itu, ia turut menyatakan bahawa mereka memiliki ruang boleh sewa melebihi 418,00 meter persegi dan akan menggajikan lebih 1,000 orang seluruh dunia.

Sementara itu, ketua pegawai operasi kumpulan Astro, Euan Smith berkata mereka yakin akan keupayaan pengurusan rantaian bekalan dan kecemerlangan operasinya akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan fleksibiliti untuk pemasangan dan mengurangkan masa penghantaran, pemasangan dan perkhidmatan kotak Astro Ultra dan Ulti untuk pelanggannya, selain dapat menyampaikan kecekapan kos yang lebih baik.

Saham CJ Century kekal pada 60 sen dan nilai syarikatnya RM354.14 juta, sementara saham Astro susut 2 sen atau 2.06% pada 95 sen dengan nilai permodalan pasaran RM4.95 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat