Coinbase Ingin Lebarkan Jajahan, Kini Siap Sedia Untuk Memasuki Pasaran Kripto Jepun!

903

Coibase ($Coin) yang merupakan salah satu bursa kripto terbesar yang berpusat di New York mengumumkan bahawa mereka sudah bersiap sedia untuk memasuki pasaran kripto Jepun selepas mendapat kelulusan dari badan pengawalseliaan utama negara (FSA). FSA telah memasukkan CoinBase sebagai pertukaran kripto yang berada di bawah Akta Pengurusan Dana.

Bursa Kripto yang disenaraikan Nasdaq itu akan memperdagangka lima jenis matawang kripto iaitu Bitcoin (BTC), Bitcoin Cash (BCH), Ether (ETH), Stellar Lumen (XLM), dan Litecoin (LTC). Sebelum ini Coinbase pernah mengumumkan ingin memasuk pasaran kripto Jepun pada tahun 2018 namun ditangguhkan kerana belum mendapat kelulusan FSA.

Jepun dilihat sebagai salah satu pasaran kripto yang paling progresif dari segi peraturan dan negara Jepun merupakan negara yang mengusulkan panduan pengawalseliaan kepada negara-negara G-20 bagi membantu mereka dalam melaksanakan peraturan kripto yang progresif.

CoinBase juga merupakan ahli organisasi pengawalseliaan Japan Virtual and Crypto assets Exchange Association (JVCEA). Coinbase menyertai organisasi itu sebagai ahli kelas kedua pada 2018.

Selepas penampilan Coinbase di Nasdaq pada bulan April tahun ini, platform kripto tersebut telah berjaya memperluaskan penawaran dan penawaran perkhidmatannya kepada wilayah baru. Baru-baru ini, Coinbase telah berjaya memasuki pasaran pelaburan pencen selepas bekerjasama dengan penyedia pelan pencen 401 (K) Forusall.

Berita ini merupakan sentimen yang positif dengan menunjukkan bahawa penerimaan dalam kalangan massa semakin meluas dan kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat