Coinbase Lancar Kempen Iklan TV! Adakah Sahamnya Bakal Memuncak Lagi?

91

“Hmmm menarik juga, tak pernah lagi bursa kripto buat langkah macam ni.”

Bursa gergasi mata wang kripto Coinbase berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sedang berada dalam proses melaksanakan kempen iklan televisyen sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk mengubah naratif aset digital.

Dilaporkan bahawa kempen iklan tersebut bakal disiarkan secara langsung di Washington DC susulan majoriti penggubal undang-undang dan pengawal selia AS menetap di kawasan itu.

Menurut Brian Armstrong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coinbase yang berkongsi beberapa pandangan mengenai bagaimana iklan tersebut akan berjalan telah rancang membentuk naratif pasaran kripto dan bukannya mempromosikan produk sendiri.

Selain mendedahkan kebanyakan negara sudah mula menerima kripto, Armstrong menegaskan aset digital adalah antara teknologi paling penting yang dapat beri pelbagai manfaat seperti mencipta lebih banyak kebebasan ekonomi.

Suka dimaklumkan bahawa kempen iklan kripto tersebut adalah bertujuan untuk mempamerkan cara industri aset digital dapat bantu mengemas kini sistem kewangan, ulas beliau lagi dengan lebih terperinci.

Walaupun pasaran kripto sering kali ditakrifkan sebagai penipuan kewangan, Armstrong mengatakan aset digital bukanlah untuk berurus niaga semata-mata tetapi teknologi berguna yang dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sejurus selepas berita tentang kempen iklan televisyen tersebut dikeluarkan, harga saham Coinbase (COIN) akhirnya berjaya melonjak sebanyak 6% melepasi paras lebih $60 daripada $49 pada minggu pertama Mei 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat