Coinbase Terima Amaran Dari Pihak Berkuasa Jerman? Harga Saham Terkesan!

181

Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Persekutuan Jerman (BaFin) mengarahkan unit Coinbase di Jerman untuk memastikan bahawa organisasi perniagaan dijalankan dengan betul.BaFin Jerman berkata ia mendapati pelanggaran dalam keperluan untuk organisasi perniagaan yang betul dalam operasi Coinbase Jerman. BaFin menyatakan bahawa organisasi perniagaan syarikat itu tidak mematuhi undang-undang tempatan. Pihak berkuasa berkata ia menjalankan audit ke dalam unit Jerman bursa dan mendapati ‘kekurangan dalam pengurusan organisasi’.

BaFin berkata ia mendapati kekurangan organisasi dalam syarikat itu, walaupun tidak jelas tentang aspek yang berkaitan. Ia menunjukkan bahawa organisasi perniagaan tidak konsisten merentasi semua bidang yang berada di bawah audit. Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Persekutuan mengeluarkan kenyataan mengatakan perintah itu dikeluarkan pada 27 September 2022.

“Satu audit penyata kewangan tahunan mendedahkan kekurangan organisasi di institut. Keteraturan organisasi perniagaan tidak diuruskan dengan betul dalam semua bidang yang diaudit.”

Kenyataan BaFin hadir ketika bursa pertukaran itu cuba mengembangkan sayap perniagaanya di pasaran Eropah. Bursa yang berpangkalan di A.S. telah melamar seorang eksekutif tertinggi dari syarikat fintech Jerman. Pada 17 Oktober, Coinbase mengupah Daniel Seifert, ketua pegawai operasi di Solarisbank, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya di Eropah. Dari segi positif, syarikat itu memperoleh persetujuan kawal selia di Itali dan Belanda baru-baru ini.

Coinbase sedang menunggu kelulusan lesen kawal selia di Perancis dan Sepanyol. Waima begitu berita kurang baiknya, bursa kripto itu turut memberhentikan ribuan pekerja di A.S. pada awal tahun ini. Sementara itu, harga saham Coinbase ($COIN) berada pada keluk menurun dalam beberapa hari terakhir. Sepanjang lima hari yang lalu, harga $COIN jatuh sebanyak 17.54%, menjadikan harga saham kepada $56.97 pada masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat