CoinShares Buat Kemunculan Di Nasdaq Stockholm!

147

Rasa-rasa saham syarikat pelaburan kripto ni ada potensi besar tak?”

Firma pelaburan mata wang kripto utama, CoinShares (CS) tanpa membuang masa memulakan dagangan di Nasdaq Stockholm, bursa sekuriti utama negara-negara Nordic secara rasmi pada 19 Disember semalam.

Tindakan berikut dapat memberi perubahan kepada kedudukan penyenaraian saham CS selepas sahamnya sebelum ini didagangkan di Nasdaq First North Growth Market, saham alternatif untuk syarikat kecil ataupun sederhana di Eropah.

Umum mengetahui juga bahawa tujuan perubahan lokasi perdagangan tersebut dilakukan adalah untuk kembangkan CS menjadi sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan aset digital terkemuka di dunia, ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CS, Jean-Marie Mognetti.

Tambahnya lagi, beliau yakin pembaharuan itu dapat memberi pelbagai manfaat kepada syarikatnya seperti menarik lebih ramai pelabur menggunakan perkhidmatan mereka.

Sementara ketua penyenaraian Eropah Nasdaq, Adam Kostyál pula berharap dapat menyaksikan CS membangun serta berkembang melalui pendedahan antarabangsa dalam komuniti cryptofinance.

Walaupun pasaran kripto ditimpa gegaran dahsyat disebabkan krisis FTX, CS tetap dapat mengekalkan prestasinya bersandarkan aliran kewangan mereka yang kukuh.

Secara rekod, saham CS menggunung sebanyak 115 Swedish Kronor (SEK) pada April 2021 selepas syarikatnya melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 44.9 SEK bernilai $5.3 sesaham, tetapi kini membuat penyusutan semula.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat