Commerzbank Sertai Projek Blockchain UBS Dan IBM

71

Commerzbank AG , Bank of Montreal, Erste Group Bank AG dan CaixaBank SA bersama-sama menyertai insisiatif yang dilancarkan oleh UBS Group AG dan IBMCorp untuk membina teknologi blockchain supaya dapat menyokong pembiayaan perdagangan (trade finance).

Platform yang dikenali dengan nama ‘Batavia’ akan membantu pihak bank dan pelanggan mereka untuk mendapatkan proses pembiayaan perdagangan yang selama ini diurus secara manual dan berasaskan kertas, kepada sistem automatik.

Dalam pembiayaan perdagangan, pihak bank akan menyediakan dana dan perkhidmatan untuk mengimport atau mengesksport bagi mempermudahkan urusan dagangan.

Selain daripada urusan yang automatik, Batavia juga membenarkan setiap pihak untuk menjejaki transaksi bermula daripada waktu penghantaran dilakukan sehingga waktu tiba ke destinasi.

Blockchain yang pada mulanya dibangunkan untuk membantu matawang crypto Bitcon, merupakan sebuah perkongsian data yang diselenggara oleh komputer, tanpa pengawalan pihak berkuasa pusat. Sejak beberapa tahun yang lepas, bank telah mula melaburkan jutaan dolar untuk menyesuaikan teknologi ini bagi memproses data-data yang rumit dan berat.

Pembiayaan perdagangan merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk digunakan teknologi blockchain kerana penglibatan pelbagai pihak seperti institusi kewangan, pembeli, penjual dan pemeriksa.

Ketika ini setiap entiti menyelenggara rekod mereka sendiri, yang mana terdedah dengan kesilapan dan penangguhan. Platform Batavia dikeluarkan dengan tujuan membantu setiap peserta yang terlibat mengurangkan kesalahan, meningkatkan pertumbuhan perniagaan lebih pesat serta memberi rekod data yang boleh dikongsi bersama.

Industri kewangan masih dalam proses mengkaji blockchain, dan hal ini masih diperingkat awal. Penganalisi menjangkakan sistem ini mungkin akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ia mendatangkan faedah kepada pengguna.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat