Corak ‘Bullish’ Pada Carta GBP/JPY Diganggu Oleh Faktor Ini, Pelabur Perlu Waspada

286

Pelabur mula berwaspada terhadap pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY dengan jangkaan corak kenaikan harga diganggu oleh data ekonomi UK yang diterbitkan semalam. Apa yang terjadi?

Pada sesi dagangan Eropah semalam, mata wang Pound menunjukkan pengukuhan awal selepas terbitan data inflasi UK yang meningkat lebih tinggi melepasi angka jangkaan namun gagal mengekalkan pengukuhan tersebut sebelum menjunam.

Dengan jangkaan Bank of England (BOE) bakal membuat kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat September, kenaikan kadar inflasi UK telah mencecah ke paras tertinggi terbaru sejak 1982 pada paras 10.1% untuk bulan Julai.

Sekiranya kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas berlaku, bakal menjadikan kenaikan kadar yang ketujuh berturut-turut dan membuatkan kos pinjaman bakal berada pada tahap tertinggi sejak 2008, tetapi dilihat laporan pekerjaan terkini sudah mula memberikan gambaran bahawa pasaran buruh mulai ‘sejuk’.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta GBP/JPY, harga sejak Selasa lalu telah menunjukkan corak pergerakan bullish setelah melonjak dari zon 160.500 dan berjaya melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam serta turut melepasi zon 162.00.

Ketika terbitan data inflasi UK pada sesi Eropah semalam, harga sedikit melonjak mencatatkan paras tertinggi mingguan pada zon rintangan 163.500 sebelum berundur membuat penurunan semula sehingga dagangan bersambung ke penghujung sesi New York.

Turut menampilkan corak pergerakan yang menarik pada hari ini, harga telah disokong oleh paras sokongan MA50 dan meningkat semula pada dagangan sesi Eropah petang ini.

Harga dilihat akan menguji kembali zon rintangna 163.500 dan berkemungkinan boleh menembusinya untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi dijangkakan bakal menguji paras halangan 164.500 sebelum kenaikan yang dilanjutkan akan mensasarkan pula pada ketinggian 166.200 di mana menjadi zon tumpuan diuji pada dagangan penghujung Julai lalu namun gagal ditembusi.

Sebaliknya jika harga gagal untuk meneruskan peningkatan dan berlaku penurunan semula melepasi bawah paras sokongan MA50, zon 162.000 dilihat bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum pelabur menilai isyarat perubahan trend bearish pada carta harga.

Sekiranya penyusutan harga diteruskan, harga dijangka untuk susut sehingga ke zon 160.000 yang telah diuji pada awal minggu, namun adakah zon tersebut masih mampu untuk melantunkan semula harga selepas ini?

Lihat gambar carta pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat