COSMOS – Ekosistem Teknologi Yang Kian Peroleh Perhatian

156

Cosmos (ATOM) adalah sebuah projek yang mana dicipta untuk menyelesaikan beberapa masalah yang sering dihadapi dan paling sukar untuk diselesaikan oleh industri blockchain.

Pembangunan Cosmos juga bertujuan untuk menawarkan penyelesaian kepada protokol Proof-of-Work yang lambat dan mahal serta merisikokan alam sekitar.

Matlamat projek-projek yang lain termasuk menjadikan teknologi blockchain kurang kompleks dan oleh sebab itu protokol Interblockchain Communication dibangunkan bagi memudahkan rangkaian blockchain untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Whitepaper pelaksanaan teknologi Cosmos dirangka pada tahun 2016 sebelum penjualan token ATOM dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017 oleh Jae Kwon, Zarko Milosevix dan Ethan Buchman.

Melihat kepada carta ATOM/USDT, pergerakan harga ATOM juga tidak ketinggalan untuk terus menyusut selaras dengan nilai Bitcoin yang gagal untuk membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Harga ATOM terus mengekalkan trend bearish bagi pergerakan pasaran Jun dan kembali untuk menguji paras sokongan sekitar harga $10.

Namun jika dilihat kepada corak pergerakan harga, ATOM pernah melonjak melebihi 500% bermula pada pembukaan pasaran 2021 sebelum menyusut melebihi 70% daripada paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $32 yang pernah dicatatkan.

Jika paras sokongan tersebut berjaya mengekalkan momentum lonjakan semula seperti yang pernah dicapai pada 23 Mei, paras SBR (support become resistance) sekitar $12 bakal diuji sebelum melonjak lebih tinggi.

Untuk kenaikan yang lebih tinggi, paras rintangan $14.62 bakal menjadi perhatian utama untuk dituju terlebih dahulu sebelum pergerakan harga ATOM dijangka bakal kembali menguji paras SBR seterusnya di paras harga $17.

Sebaliknya jika harga ATOM terus membuat penurunan, paras sokongan $10 bakal dilepasi dan jangkaan harga bakal menuju ke paras ketika pembukaan pasaran 2021 sekitar harga $6.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga ATOM membuat sedikit lonjakan melebihi 9% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $10.30.

Lihat gambar carta matawang kripto ATOM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat