Counter Attack! Bekas Pekerja Balas Dendam Dengan Menyaman Tesla Pula

264

‘Balas membalas nampaknya Tesla dan bekas pekerja.’

Tindakan ‘pemecatan besar-besaran’ Tesla Inc telah membawa padah apabila bekas-bekas pekerja memberi serangan balas dengan menyaman syarikat milik Elon Musk tersebut.

Difahamkan 2 bekas pekerja di kilang gigafactory Tesla di Sparks, Nevada  iaitu John Lynch dan Daxton Hartsfield telah memfailkan saman di mahkamah Texas sambil mewakili lebih 500 pekerja lain yang turut ditamatkan perkhidmatan.

Menurut pemfailan tersebut, Tesla didakwa melanggar undang-undang persekutuan mengenai pemberhentian secara besar-besaran yang memerlukan tempoh pemberitahuan 60 hari seperti termaktub dalam Akta Pemberitahuan Pelarasan dan Latihan Semula Pekerja.

Selain itu, pemfailan itu juga ingin mencari status tindakan kelas bagi semua bekas pekerja Tesla di seluruh Amerika Syarikat (AS) yang diberhentikan pada Mei dan Jun tanpa notis awal.

Setakat ini pihak Tesla masih belum mengeluarkan sebarang respond mahupun kenyataan media mengenai saman tersebut.

Suka diingatkan bahawa kronologinya bermula dengan kenyataan Musk pada awal bulan yang menzahirkan rasa ‘kurang enak’ terhadap ekonomi lalu memutuskan untuk membuang sekurang-kurangnya 10% tenaga kerja Tesla.

Setakat ini, hampir 20 orang pekerja eksekutif telah dikenalpasti Tesla untuk diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatan.

Ulas Shannon Liss-Riordan, peguam yang mewakili plantif, tindakan Tesla tersebut secara terang melanggar undang-undang buruh persekutuan dan keadilan perlu ditegakkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat