COVID-19 Di AS Akan Mengganas Menjelang 2021!

1,264

Menurut sebuah ramalan yang dikeluarkan oleh Institut dan Penilaian Kesihatan (IHME) di University of Washington, Amerika Syarikat akan mencatatkan lebih dari 410,000 angka kematian akibat wabak COVID-19 pada akhir tahun ini ketika negara itu menuju musim gugur dan musim sejuk.

Terkini, wabak berbahaya itu telah membunuh sekurang-kurangnya 186,800 individu di negara kuasa besar tersebut. Seterusnya, terdapat jangkaan bahawa angka kematian akan meningkat 2 kali ganda pada 1 Januari 2021 dan mencecah 620,000 korban jika negara berkenaan terus melonggarkan langkah-langkah pencegahan.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukan oleh Dr. Christopher Murray, pengarah IHME, situasi wabak terburuk masih belum berlaku.

Selain itu, IHME turut mengeluarkan 3 unjuran berdasarkan andaian yang berbeza iaitu senario terburuk, senario kes terbaik dan senario berkemungkinan besar. Senario berkemungkinan besar telah menganggarkan bahawa COVID-19 akan mengorbankan sebanyak 410,450 nyawa di Amerika Syarikat menjelang 1 Januari. Manakala senario terburuk, mengandaikan bahawa langkah-langkah pencegahan akan dilonggarkan serta mengakibatkan kematian kira-kira 620,028 korban dan senario kes terbaik, yang mengamalkan pemakaian topeng muka secara meluas, meramalkan bahawa jumlah kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 288,380 korban.

Dengan pemakaian topeng secara meluas dan mematuhi panduan kesihatan awam yang lain, mereka menganggarkan bahawa lebih dari 750,000 nyawa dapat diselamatkan di seluruh dunia pada 1 Januari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat