Covid-19 Hancurkan China

347

Ketika negara lain mencatat pemulihan daripada penutupan Covid-19, ekonomi China pula terus menderita dengan langkah kawalan yang ketat selain turut terkesan dengan kemarau.

Sekurang-kurangnya lapan bidang kuasa peringkat wilayah melaporkan pertumbuhan lebih perlahan atau menguncup pada sembilan bulan pertama 2022 (Januari-September) berbanding dalam tempoh separuh pertama (Januari-Jun).

Ini merujuk kepada laporan ekonomi yang dikeluarkan daripada 30 bidang kuasa peringkat wilayah China untuk tiga suku pertama tahun ini, di mana 1 lagi bidang kuasa, Shaanxi belum lagi menyiarkan datanya.

Antara wilayah yang paling ketara mengalami kemerosotan adalah Hainan dengan penguncupan 0.5% dalam sembilan bulan pertama berbanding pertumbuhan 1.6% pada separuh pertama tahun ini.

Kesannya begitu mendalam kerana ekonomi tempatan dikuasai oleh industri perkhidmatan seperti pelancongan.

Sementara itu Tibet dan Xinjiang yang juga merupakan destinasi pelancongan popular, turut menyaksikan pertumbuhan perlahan mendadak dengan pengembangan 0.2% sahaja dicatatkan di Tibet dalam tempoh tersebut.

Di barat daya China, ekonomi wilayah Sichuan dan Chongqing juga bertambah buruk berikutan cuaca panas melampau yang memaksa loji kuasa hidro untuk mengurangkan pengeluaran elektrik dan menjejaskan aktiviti beberapa kilang.

Ekonomi Shanghai pula menyusut 1.4% dalam tempoh Januari-September, tetapi masih menunjukkan pemulihan susulan kejatuhan 5.6% pada separuh pertama tahun ini susulan pelaksanaan lockdown selama 2 bulan.

Daripada bacaan menyuramkan ini, ia menyerlahkan lagi tekanan yang dihadapi ekonomi China akibat dasar sifar Covid yang diamalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat