Covid-19 Kembali Cengkam China, Beijing Terpaksa Laksanakan Sekatan Semula

822

‘Sudah, tak pasal-pasal kena lockdown balik. Hancur rancangan pembangunan China.’

China kembali dicengkam penularan Covid-19 selepas mencatat 166 kes baharu yang berpunca dari sebuah restoran bar di bandar Beijing, memaksa langkah sekatan pergerakan dijalankan semula di kawasan tersebut.

Sumber kerajaan mengesahkan penyebaran bermula dari sebuah restoran bar, Heaven Supermarket Bar berdekatan Sanlitun di daerah Chaoyang, yang memaksa kawasan tersebut diletakkan di bawah sekatan ketat selama 10 hari bermula Ahad.

Ia secara tidak langsung mengembalikan semula dasar ‘sifar-COVID‘ yang diusahakan pihak kerajaan selepas bertindak memperkenalkan beberapa kelonggaran peraturan minggu lalu.

Setakat 22 April lalu, ibu negara China tersebut telah mencatatkan 1,997 kes Covid-19 tempatan.

Dalam pada itu, bandar Shanghai yang baru sahaja melonggarkan beberapa peraturan sekatan selepas 2 bulan lamanya terkurung turut diarahkan menjalani ujian saringan PCR.

Difahamkan bahawa 15 daripada 16 daerah di Shanghai akan melaksanakan saringan dan 5 daerah antaranya telah memulakan ujian pada hujung minggu lalu sebaik menerima larangan meninggalkan kediaman.

Maka perkara ini sekali lagi akan memberi tekanan terhadap ekonomi China yang semakin lembab pertumbuhannya tahun ini, selain turut menjejaskan beberapa sektor berkaitan lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat