Covid-19 Kembali Goncang Keamanan Jepun!

537

Wabak coronavirus sekali lagi menggoncang keamanan Jepun, menyebabkan kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan darurat kecemasan di wilayah-wilayah utama yang terkesan.

Pada hari Ahad, Tokyo merekodkan sebanyak 4,172 kes dan kadar kemasukan hospital pula meningkat mendadak kepada 19.3%.

Sebelum ini, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike mengatakan bahawa mereka akan meminta langkah sekatan seperti ‘separa kecemasan’ sekiranya penggunaan katil yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 meningkat kepada 20%.

Ekoran daripada itu, Gabenor Tokyo, Saitama, Chiba dan Kanagawa akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindak balas mereka terhadap gelombang keenam pandemik di daerah itu yang sebahagian besarnya disebabkan penyebaran varian Omicron yang sangat mudah merebak.

Di tengah-tengah kebangkitan semula corovirus di seluruh negara, keadaan seakan darurat telah pun diisytiharkan di wilayah Okinawa, Yamaguchi dan Hiroshima, berkuat kuasa dari 9 Januari hingga akhir bulan ini.

Perdana Menteri Fumio Kishida memberitahu ketika mesyuarat parti pemerintah pada hari Isnin bahawa kerajaan perlu melaksanakan sekatan pergerakan sekiranya langkah sedia ada tidak dapat mengekang penularan virus itu.

Bagi mengekang kebangkitan semula Covid-19, kerajaan kini merancang untuk membuka semula pusat vaksinasi besar-besaran di Tokyo pada 31 Januari menggunakan kemudahan sedia ada yang digunakan tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat