Covid-19 Kembali Menyerang China!

2,212

China bergelut dengan lonjakan baru kes Covid-19 sehingga memaksa negara itu melaksanakan sekatan yang lebih ketat untuk membendung penularan secara meluas.

Terbaru, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan mengesahkan pada hari Rabu sebanyak 93 kes simptomatik tempatan baru telah dikesan, meningkat dari 54 kes sehari sebelumnya. Ia juga merupakan jumlah harian tertinggi sejak 9 Ogos.

Beijing pula melaporkan 9 kes jangkitan tempatan, peningkatan harian terbesar dicatatkan di ibu negara pada tahun ini.

Walaupun ia dilihat kurang membimbangkan berbanding angka jangkitan di Malaysia yang lebih besar daripada China, tetapi dasar toleransi sifar di negara itu menyebabkan sekatan yang lebih ketat dilaksanakan.

Apa yang lebih membimbangkan adalah lonjakan ini berlaku menjelang persidangan besar yang akan menghimpunkan lebih 300 ahli peringkat tertinggi Parti Komunis China pada minggu depan di Beijing.

Susulan itu, pihak berkuasa Beijing mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk mengelak daripada keluar dari bandar, menangguhkan majlis perkahwinan dan pengebumian serta mengurangkan perhimpunan yang tidak penting.

Pengurangan aktiviti perjalanan juga dilaksanakan, menyebabkan beberapa syarikat penerbangan di China menawarkan pembatalan percuma untuk penerbangan ke luar dan dari bandar yang dilanda Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat