COVID-19 : Kes Kematian Di Malaysia Meningkat Kepada 61 Korban

700

Malaysia telah mencatatkan pertambahan kes Covid-19 sebanyak 179 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan terkini sebanyak 3, 662 kes.

Susulan daripada kes terbaharu itu, 46 kes adalah dikesan daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 1192 kes positif Covid-19 telah dicatat dengan empat kematian baru yang mana kesemuanya melibatkan pesakit berusia 50 tahun keatas dan menjadikan kes kematian menginjak kepada 61 kes sehingga minggu lepas.

Empat kematian yang dicatat melibatkan warga emas lelaki yang mempunyai latar belakang penyakit kronik kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Kes sembuh Covid-19 juga menunjukkan peningkatan yang positif sebanyak 1,005 kes apabila 90 pesakit telah dibenarkan discaj. Manakala 99 kes masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 48 kes masih memerlukan bantuan pernafasan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan menjelaskan pihak kesihatan telah mengambil 17,012 sampel ujian dengan 1,591 didapati positif dan 10,912 didapati negatif. Manakala 4,500 sampel ujian masih menunggu keputusan.

Lembah Pantai, Kuala Lumpur masih kekal sebagai zon merah diikuti dengan beberapa tempat di Selangor iaitu di Petaling dan Hulu Langat.

Dua penambahan zon merah iaitu Jerantut, Pahang dan Batu Pahat, Johor dengan kedua-duanya mencatatkan sebanyak melebihi 40 kes positif.

Pertambahan dua tempat telah menjadikan 17 tempat dengan zon merah – tujuh kawasan di Lembah Klang. Selebihnya, Seremban, Johor Bharu, Kluang, Kepong, Klang, Titiwangsa, Kota Baru, Kinta, Gombak, Hilir Perak dan Semenanjung Malaysia di Kuching dan Tawau.

Statistik global pesakit positif Covid-19 juga menunjukkan peningkatan melangkaui lebih sejuta kes dengan hampir 70,000 kes kematian seluruh dunia.

Bermula dengan kes pertama Covid-19 yang dilaporkan di China, Itali dan Sepanyol merekodkan kes tertinggi selepas Amerika Syarikat berbanding 180 negara yang terlibat.

Kes kematian di Itali mencatatkan sebanyak 15,887 dan Sepanyol sebanyak 12,641. Rententan daripada kes tersebut, secara rasminya Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan sekatan pergerakan dilanjutkan sehingga 25 April.

Sementara, Malaysia masih mencatatkan kadar jangkitan tertinggi di Asia dan berada di tangga ke-28 kes positif Covid-19 seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat