COVID-19: Laluan Keretapi Tertua Asia Jadi Pusat Rawatan

569

Percaya atau tidak, India telah mengambil tindakan drastik dalam menangani wabak coronavirus yang melanda di negara itu dengan menghentikan perkhidmatan keretapi sehingga 14 April.

Laluan keretapi tertua Asia yang berusia 167 tahun itu buat pertama kali ‘berehat’ dan berkhidmat sebagai pusat rawatan wabak dengan menjadikan 20,000 keretapi penumpang sebagai wad isolasi untuk pesakit positif Covid-19.

Sebenarnya, sebelum wabak menjadi pandemik lagi India sudah mengalami krisis kekurangan katil di hospital. Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), hospital di India cuma dapat menampung 1,000 pesakit dengan jumlah 0.5 katil.

Justeru, tindakan ini merupakan satu tindakan bijak seiring dengan kenaikan kes positif Covid-19 kepada 4,778 kes dengan 136 kematian.

Setiap gerabak telah disanitasi dan akan memuatkan seramai 16 pesakit termasuk ruang jururawat, kabin doktor dan ruang penyimpanan peralatan rawatan dan ubatan.

Keretapi yang lengkap diubah-suai kemudian akan dihantar ke mana-mana lokasi untuk menangani kekurangan bilik rawatan di hospital.

India sememangnya sudah cekap dalam menyediakan kemudahan rawatan kesihatan bergerak. Pada 1991, India melancarkan keretapi Lifeline Express dengan kelengkapan seperti bilik bedah, bilik rawatan, wad dan unit pakar khas untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

Gerabak yang digunakan untuk menangani penyakit coronavirus mungkin tidak selengkap Lifeline Express. Lantaran itu, pihak kesihatan bersetuju untuk menggunakan Lifeline Express bagi pesakit yang kritikal.

Manakala keretapi kargo kekal beroperasi seperti biasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat