COVID-19 Makin Parah Di Amerika Syarikat, Kini Seekor Harimau Disahkan Positif!

1,503

Kini, Amerika Syarikat masih menjuarai carta dunia dengan mencatatkan 336,673 kes COVID-19 dengan jumlah kematian sebanyak 9,616. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah seekor harimau yang ditempatkan di Zoo Bronx, ibu kota New York telah disahkan positif COVID-19 apabila didapati mengalami masalah pernafasan. Menurut ketua vetinar di zoo berkenaan, ini adalah kes pertama yang berpunca daripada jangkitan manusia kepada haiwan.

Nadia, merupakan harimau Malaya yang berusia 4 tahun dikesan mengalami batuk kering bersama 3 ekor harimau dan singa yang lain. Akan tetapi, kesemua haiwan tersebut dijangka akan pulih. Hakikatnya, di Hong Kong, beberapa ekor haiwan telah disahkan positif COVID-19 yang dijangkiti daripada manusia.

Selain itu, kes harimau berkenaan dikategorikan sebagai kes unik kerana ianya didakwa sakit selepas mempunyai kontak rapat dengan salah seorang pekerja zoo yang didakwa mengalami gejala. Meskipun beberapa ekor harimau dan singa yang lain turut menunjukkan simptom yang sama, akan tetapi Nadia merupakan yang paling terjejas. Harimau berusia 4 tahun itu dikhabarkan telah hilang selera makan.

Pada peringkat awal, Nadia telah diperiksa melalui ujian X-ray, ultrasound dan sampel darah bagi mengesan penyakit sebenar yang dialaminya. Seterusnya, ketika wabak pandemik COVID-19 melanda negara kuasa besar itu, harimau tersebut telah menjalani ujian COVID-19 serta disahkan positif.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat Laboratorium Veterinar Kebangsaan, harimau pertama di zoo itu dikatakan sakit pada 27 Mac setelah zoo berkenaan ditutup pada pertengahan bulan yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat