Covid-19 Menyerang, China Lapor Kematian Pertama Sejak 6 Bulan!

132

Menyelubungi kesuraman pasaran di awal minggu ini, sentimen pasaran dinilai berisiko semula dengan berita kurang baik berkenaan perkembangan Covid-19 di China.

Terbaru, tiga kematian dilaporkan oleh pihak berkuasa China pada hujung minggu lalu berkaitan jangkitan Covid-19, menjadi kematian pertama dilaporkan sejak tempoh 6 bulan.

Menurut media, tiga individu yang meninggal itu adalah dalam lingkungan 87 dan 91 tahun yang tinggal di Beijing, dan mempunyai rekod kesihatan yang baik.

Dalam laporan berbeza, bandar Shijuazhuang yang merupakan ibu kota Hebei mengarahkan penduduk di enam daerah berbeza untuk berada di rumah selama 5 hari bermula hari ini untuk mengekang penularan wabak.

Arahan tersebut adalah lanjutan daripada saranan pada hujung minggu lalu susulan kes jangkitan yang semakin meningkat sehingga mendorong banyak perniagaan menghentikan operasi dan sekolah juga menukar pembelajaran kepada kelas atas talian (online).

Beijing melaporkan 621 jangkitan baru pada Sabtu lalu, meningkat dari angka 515 pada hari sebelumnya. Pada ahad, angka meningkat lagi dengan tambahan 516 jangkitan baru.

Susulan situasi yang dilihat semakin membimbangkan itu, penduduk di Beijing telah mula menambah simpanan bekalan makanan pada hujung minggu lalu selain perkhidmatan penghantaran makanan juga mula berdepan masalah.

Ibu bapa telah dilaporkan bagi mereka yang menghantar anak-anak di sekolah daerah Chaoyang perlu membuat persiapan untuk kelas dalam talian untuk minggu mendatang.

Media akhbar The People’s Daily menyatakan situasi pengawalan pandemik di negara itu masih lemah, dan jika berlaku kesilapan, keadaan boleh menjadi lebih buruk.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat