Covid-19 Rangsang Sektor Perubatan, Teknologi & Pembinaan China

171

Siapa sangka dasar ‘sifar-COVID‘ yang diperkenalkan di China, dijangka memberi kesan buruk kepada ekonomi, memiliki hikmah di sebaliknya.

Diunjurkan, dasar yang diperkenalkan tersebut akan menyebabkan penyusutan ekonomi pada suku April hingga Jun, dengan indeks mewah CSI 300 turun 19% setakat tahun ini.

Manakan tidaknya apabila pekerjaan, perbelanjaan pengguna, eksport dan jualan rumah terjejas oleh sekatan ketat yang membantutkan operasi.

Namun, langkah drastik perlu diambil bagi menyelamatkan nyawa dan memastikan sistem penjagaan kesihatan China berada di tahap terbaik dalam melawan Covid.

Ekorannya kerajaan China tidak segan membelanjakan lebih $52 bilion tahun ini bagi tujuan kit ujian, kemudahan perubatan dan peralatan pemantauan.

Ia juga secara tidak langsung telah memberi manfaat kepada beberapa sektor ini.

Sektor Perubatan

Kerajaan China rancang untuk wujudkan kemudahan perubatan di setiap penjuru bandar dan membeli kit ujian bagi tujuan saringan besar-besaran.

Ia telah memberi manfaat kepada firma perubatan di mana:

  • Pacific Securities yang bertanggungjawab membuat dan menyediakan kit ujian menganggarkan bakal menjana lebih $15 bilion tahun ini.
  • Dian Diagnostics Group Co Ltd, pembuat kit ujian terbesar di China, mencatat keuntungan suku pertama (1Q) sebanyak 60% pada $690 juta.
  • Adicon Holdings Ltd yang terima dana $300 juta untuk kit ujian Covid dari kerajaan telah memohon tawaran awam permula (IPO) di bursa Hong Kong.
  • Shanghai Runda Medical Technology Co Ltd yang menghasilkan 400,000 ujian setiap hari bakal menjana hasil sebanyak $30 juta sebulan.

Sektor Teknologi

Kerajaan China turut melabur untuk pembelian kamera pengimejan terma dan pengawasan bagi memantau 1.4 bilion rakyatnya dan telah beri rangsangan kepada:

  • Wuhan Guide Infrared Co Ltd, pengeluar peralatan pengimejan terma, yang menggandakan hasil pada 2020 untuk bekalkan produk ke seluruh China.
  • Hangzhou Hikvision Digital Technology Co Ltd, yang mengeluarkan kamera pengawasan telah meningkatkan pengeluaran bagi tujuan pengesanan kenalan rapat yang berpotensi positif.

Sektor Pembinaan

Sudah pasti dengan bergandanya kes, pasti lebih banyak kemudahan hospital diperlukan.

Maka ia juga memberi manfaat kepada sektor pembinaan antaranya China Railway Group Ltd, konglomerat yang merangkumi pembinaan, pembuatan dan hartanah ini telah membina hospital sementara di seluruh China.

Dianggarkan keuntungan China Railway telah berganda sejak 2 tahun lalu dan penganalisis jangkakan ia akan terus berkembang, dengan saham firma mencecah paras 3 tahun tertinggi pada Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat