CPI ‘Mengganas’ Pada Bulan Oktober, Pasaran Mula Beri Reaksi Terhadap Indikasi Baru!

837

Inflasi catat bacaan yang mengejutkan pasaran dengan harga pengguna melonjak lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Oktober dengan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih 30 tahun berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari Rabu.

Indeks Harga Pengguna (IHP) atau CPI yang mengukur harga sebilangan produk bermula daripada petrol sehinggalah kepada brangan runcit dilaporkan meningkat 6.2% berbanding setahun lalu. Angka ini jauh mengatasi bacaan anggaran yang dikeluarkan oleh Dow Jones iaitu 5.9%.

Dalam kiraan bulanan, bacaan CPI naik 0.9% berbanding anggaran 0.6%. CPI teras pula meningkat 0.6% berbanding anggaran 0.4%. Inflasi teras tahunan berkembang pada kadar 6.2%, berbanding jangkaan 4% dan yang tertinggi sejak November 1990.

Harga bahan api melonjak 12.3% untuk bulan Oktober, sebahagian daripada kenaikan 59.1% sepanjang tahun lalu. Harga tenaga keseluruhan meningkat 4.8% pada bulan Oktober dan naik 30% untuk tempoh 12 bulan.

Data ini dikeluarkan selepas para penggubal dasar seperti Pengerusi Fed Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen mengekalkan pandangan mereka bahawa tekanan harga semasa adalah sementara dan berkaitan dengan penularan pandemik.Walaupun mereka akui bahawa lonjakan berterusan ini adalah lebih dari sepatutnya namun mereka masih melihat bahawa keadaan akan kembali sedia kala pada tahun hadapan.

Pasaran saham niaga hadapan jatuh berikutan laporan itu dan hasil bon meningkat. Indeks US dolar pula mengukuh 0.30% kepada paras dagangan 94.23.

Inflasi yang meningkat boleh menyebabkan Fed mengetatkan dasar lebih cepat daripada yang ditunjukkan, Bank Pusat juga komited dalam beberapa minggu akan datang mula mengurangkan jumlah bon yang dibelinya setiap bulan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat