Crypto.com Masih Simpan 20% Shiba Inu!

273

Syarikat exchanger mata wang kripto terkenal Crypto.com dilaporkan memegang 20% daripada rizabnya dalam Shiba Inu (SHIB), memecoin kedua terbesar.

Secara rekod, Crypto.com memiliki memecoin berasaskan Ethereum (ETH) bernilai $570 juta dengan pegangan mata wang kripto Bitcoin (BTC) sebanyak 31% diikuti SHIB 20%.

Malah, syarikat tersebut juga memiliki 17% daripada ETH manakala Tether (USDT) serta stablecoin USDC masing-masing adalah 5% daripada rizab exchanger.

Menurut Kris Marszalek, Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) Crypto.com menyatakan bahawa syarikatnya akan mendedahkan butiran lebih terperinci berkaitan pegangan aset digital keseluruhannya dalam beberapa minggu akan datang.

Tambahnya lagi, beliau bertindak sedemikian sejurus selepas exchanger kripto terbesar FTX mengisytiharkan muflis pada minggu lalu disebabkan krisis kecairan yang berterusan.

Sementara itu, White House menggalakkan peraturan industri yang lebih teratur dan ketika ini membiarkan para pelanggan yang tidak boleh mengakses berbilion dolar pada platform FTX.

Umumnya, SHIB merupakan kripto ke-14 terbesar di dunia dengan had pasaran bernilai $5.7 bilion yang sentiasa bersaing dengan Dogecoin (DOGE).

Difahamkan bahawa memecoin adalah kripto atau token diilhamkan oleh meme internet yang tidak mempunyai utiliti jelas dan harganya sentiasa membuat pergerakan turun naik.

Setakat penulisan ini, SHIB kini berlegar-legar pada zon harga $0.00000781 daripada paras tertinggi sepanjang masa manakala paras pasaran pada tahun 2021 mencecah $41 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat