Crypto.com Sekat Pengeluaran USDT & USDC Di Solana!

511

Penggantungan pengeluaran atau deposit USDT Tether serta USDC Circle pada rangkaian Solana (SOL) telah dilaksanakan oleh syarikat exchanger kripto, Crypto.com dalam e-mel miliknya tanpa menjelaskan sebab syarikat tersebut bertindak sedemikian.

Secara konteks, kedua-dua stablecoin berikut berfungsi untuk para pengguna dalam aktiviti memindahkan sebarang aset digital SOL atau rangkaian lain seperti Cronos dan Ethereum (ETH).

Crypto.com pula adalah syarikat berpangkalan di Singapura yang membolehkan pengguna membeli atau menjual kripto, bahkan syarikat tersebut wujudkan token sendiri iaitu Cronos.

Difahamkan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat semasa berlegarnya isu hangat antara Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried dan CEO Binance Changpeng Zhao (CZ) bilamana beliau bertindak menjual token FTT milik FTX manakala FTX pula berhasrat menjual syarikatnya kepada Binance.

Rentetan itu, harga FTT mendaki sedikit tetapi sebaliknya berlaku bagi pengguna FTX yang telah mengorak langkah secara pantas mengeluarkan kesemua dananya daripada syarikat tersebut akibat gelisah jika peristiwa itu sama berulang seperti kejatuhan LUNA.

Menurut Kris Marszalek, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Crypto.com menyatakan bahawa masalah yang menimpa FTX bukanlah penghalang kepada syarikatnya untuk membangun, malah mereka mempunyai $10 juta dalam syarikat tersebut bagi pelaksanaan perdagangan pelanggan.

Tambahnya lagi, Sam Bankman-Fried iaitu pengasas kepada Alameda Research dikatakan menyokong ekosistem SOL dengan melakukan pengumpulan dana berjumlah $314 juta untuk Solana Labs, namun harganya menyusut susulan para pelabur dengan pantas menjual aset digital tersebut.

Hal ini berikutan kerana Solend, platform peminjaman SOL tidak mampu melaksanakan liquidations ekoran rangkaiannya sentiasa mengalami masalah seperti operasi terhenti secara tiba-tiba dan pengguna sukar membuat aktiviti pengeluaran jika kemas kini oracle mereka selalu terputus.

Dalam pada itu, pengesah SOL yang mengesahkan transaksi Solana dan mendapat ganjaran daripadanya dijangkakan untuk membuka token SOL anggaran bernilai $1 bilion.

Dan jika token tersebut dijual di pasaran terbuka, maka harganya dijangka bakal lakukan penurunan lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat