Crypto Heist – Giliran Bitmart Kena Serang Dengan Penggodam Kripto

1,512

Pada hari Sabtu lepas, pasaran kripto dikejutkan dengan satu lagi episod digodam. Menurut firma keselamatan, penggodam telah mengambil $196 juta daripada platform dagangan kripto Bitmart.

Bitmart mengesahkan penggodaman itu dalam satu kenyataan rasmi malam Sabtu dengan menyatakan bahawa ialah adalah penggodaman yang berskala besar dan memberitahu bahawa penggodam mengeluarkan kira-kira nilaian $150 juta aset kripto. Walau bagaimanapun, keselamatan blockchain dan firma analisis data Peckshield menganggarkan bahawa kerugian hampir $200 juta.

Bitmart menambah dalam satu kenyataan bahawa semua pengeluaran telah digantung buat sementara waktu sehingga notis selanjutnya dan dalam masa yang sama menyatakan bahawa keselamatan menyeluruh sedang dijalankan. Syarikat keselamatan Peckshield aadalah yang pertama menyedari berlakunya penggodaman itu pada hari Sabtu, dengan menyatakan bahawa salah satu alamat Bitmart menunjukkan aliran keluar berpuluh-puluh juta dolar ke alamat yang tidak dikenal pasti.

Peckshield menganggarkan bahawa Bitmart kehilangan kira-kira $100 juta dalam pelbagai aset kripto pada blockchain ethereum dan $96 juta lagi daripada aset kripto yang menggunakan binance smart chain.Penggodam berjaya menggodam lebih daripada 20 aset kripto termasuk aset kripto binance, safemoon dan shiba inu.

Bitmart mengatakan bahawa rangkaian pintar ethereum dan binance “hot wallet” hanya terjejas dalam nilaian peratusan yang kecil. “Hot Wallet” merupakan wallet yang disambungkan ke internet dan membenarkan pemilik memiliki akses yang mudah kepada aset kripto mereka.

Kejadian ini merupakan rantaian episod kelam dalam pasaran kripto. Pada minggu lalu pinjaman kripto Celsius Network mengakui kehilangan dana akibat daripada digodam bernilai $120 juta. Disisi yang berbeza, pada bulan Ogos, seorang penggodam telah mencuri lebih daripada $600 juta daripada platform aset kripto Poly Network.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat