Crypto Sebagai Penyelesaian Masalah Terbaik Sistem Wang Fiat Dan Hyper-Inflasi?

700

Di beberapa negara, ekonomi yang dikawalselia akhirnya menemui kegagalan. Menghadapi pinjaman yang berlebihan dan cetakan wang yang terlalu aktif menyebabkan tumpuan beralih kepada Bitcoin sebagai jalan keluar.

Seperti yang berlaku di Venezuela, ekonomi negara merundum akibat kegagalan pengurusan dan wang yang dicetak tidak mempunyai nilai. Negara seperti Venezuela, Bitcoin bukan sekadar menjadi perkara yang menarik untuk dilombong atau didagangkan tetapi ia digunakan sebagai medium transaksi untuk membeli barang keperluan.

Negara tersebut menawarkan kadar elektrik yang murah kepada rakyatnya lantas membolehkan rakyat melombong matawang crypto untuk mendapatkan sikit wang bagi tujuan survival.

Tidak ketinggalan negara seperti Zimbabwe, dimana 100 trillion dollar bil tidak cukup untuk membeli sebuku roti. Wangnya tidak laku langsung, menyebabkan pertukaran dalam bentuk wang crypto bukan fiat, kerana crypto dilihat lebih diandalkan. Ia boleh dipercayai dan tidak dimanipulasi secara sepenuhnya.

Trend yang menunjukkan kejatuhan sistem kawal selia ini terus merebak ke beberapa negara. Namun belum seteruk Zimbabwe dan Venezuela. Pada baru-baru ini dengan ketidakstabilan kewangan seperti di Itali telah menyebabkan segelintir pemain pasaran beralih ke crypto dan mendorong pelonjakan harga Bitcoin.

Walaubagaimanapun, kepercayaan masyarakat kepada Bitcoin belumlah setinggi kepercayaan mereka pada emas. Kebobrokan sistem monetari menjadi peringkat awal massa mula melakukan transformasi tentang bagaimana dunia menggunakan wang. Jika semakin banyak negara yang melihat matawang fiat gagal dibawah tekanan quantitative easing/QE dan manipulasi, pelabur mungkin akan beralih kepada matawang yang tidak dikawal selia iaitu matawnag crypto.

Bilakah? Tiada siapa yang tahu, tetapi gerakan peralihan kepada crypto telah semakin meningkat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat