Cubaan Bunuh Vladimir Putin, Siapa Dalang Di Sebalik Serangan?

774

Gempar pada hari Rabu lalu mengenai dua buah dron dilaporkan telah melancarkan serangan ke atas Kremlin yang didakwa sebagai satu cubaan untuk membunuh Presiden Rusia Vladimir Putin.

Bagaimanapun, serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh Pasukan Pertahanan Udara Rusia dan Presiden Putin juga tidak berada di tempat kejadian ketika ia berlaku.

Sungguhpun begitu, ia telah mencetuskan ketegangan baharu dalam perang Rusia dan Ukraine kerana Moscow percaya serangan itu dihantar oleh Kyiv dengan sokongan Amerika Syarikat.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Rusia sedia maklum bahawa keputusan mengenai tindakan sedemikian tidak dibuat oleh Ukraine tetapi Washington, dan Kyiv menjadi pelaksananya.

Peskov bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti mahupun butiran tambahan kepada dakwaannya, mengatakan bahawa maklumat akan dikeluarkan kemudian.

Bertindak balas kepada dakwaan tersebut, jurucakap Keselamatan Negara AS, John Kirby menafikan sekerasnya tuduhan mengarut Rusia bahawa ia mengarahkan Ukraine untuk melakukan serangan demikian.

Beliau malah memberi jaminan bahawa AS tidak mempunyai peranan dalam insiden berkenaan, mengatakan negara itu tidak menyokong atau menggalakkan serangan individu terhadap pemimpin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat