Cubalah Rompak TikTok Kalau Berani – China

1,117

China tidak akan sesekali menerima tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mahu ‘merompak’ aplikasi media sosial, TikTok daripada mereka.

Menurut laporan agensi berita China Daily, ‘penindasan’ AS terhadap syarikat yang mengendalikan TikTok iaitu ByteDance adalah kesan daripada visi ‘America First’ yang dianggap ‘omongan kosong’.

Tambah laporan berkenaan, China mempunyai pelbagai cara sekiranya AS terus bertekad untuk meneruskan rancangan mereka membeli TikTok.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump memberi tempoh masa selama 45 hari kepada ByteDance untuk berunding dengan Microsoft Corp berhubung penjualan TikTok.

Trump sebelum ini menyatakan kebimbangan terhadap aplikasi terbabit yang didakwa digunakan tujuan perisikan China.

Dalam pada itu, agensi berita Global Times melaporkan, ‘layanan buruk’ AS terhadap ByteDance dan Huawei Technologies manggambarkan Washington mahu memisahkan ekonominya daripada Beijing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat