Cukai GST Turut Dikenakan Kepada Geran Penyelidikan Universiti

191

Universiti awam di Malaysia seperti kita sedia maklum telah berhadapan dengan pemotongan bajet kerajaan dan terkini golongan akademik juga semakin kekurangan wang bagi tujuan penyelidikan berikutan kebanyakan geran penyelidikan kini dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengenaan cukai GST kepada geran penyelidikan bermula pada April 2015 lagi, apabila kerajaan melancarkan cukai ini, tetapi ia hanya berkuatkuasa pada Ogos 2016 seperti yang diakatakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut Jabatan Kastam, kebanyakan geran sama ada ia dari universiti, syarikat swasta, atau badan kerajaan akan dikenakan GST dan ada juga yang tidak dikenakan cukai.

Kata Timbalan Pengarah Kastam Datuk Zulkifli Yahya, “GST ttidak dikenakan kepada geran itu, tetapi kepada penawaran yang diperlolehi.”

Beliau memberi contoh, jika KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) menyediakan geran kepada universiti bermakna hasil dari penyelidikan itu akan menjadi milik KPT. Maknanya di sini geran tersebut adalah penawaran (penawaran perkhidmatan penyelidikan oleh universiti kepada KPT). Oleh itu, universiti dikenakan GST kerana penawaran perkhidmatan mereka kepada KPT.

Menurut Zulkifli KPT telah menyampaikan surat  berkaitan hal ini kepada semua universiti pada Ogos lepas bagi memaklumkan perkara ini.

Memetik dari Malay mail online, menurut Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, “Secara ringkas, ia menambah kos menjalankan penyelidikan dalam persekitaran yang sememangnya sukar.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat