Cukai GST Untuk 60 Barangan Makanan Mulai 1 Julai

133

Lebih daripada 60 jenis makanan yang kurang digunakan oleh pengguna di Malaysia akan dikenakan cukai GST (Goods and Service Tax) bermula 1 Julai seperti yang dilaporkan pada Ahad.

Namun, keputusan yang dibuat pada Ahad itu telah dibatalkan dan disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy

Semalam akhbar Cina Press melaporkan antara makanan yang dikenakan cukai adalah termasuklah sesetengah makanan laut, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mee.

Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy mengesahkan laporan tersebut dan mengatakan kenyataan penuh akan dikeluarkan hari ini.

“Ia hanyalah beberapa barangan yang jarang digunakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Barangan terbaru yang akan dikenakan cukai GST ialah, belut, ikan todak, dan buah-buahan yang diimport seperti avocado, buah ara, anggur, dan cherry.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan cukai GST dua tahun lalu pada Aprill 2015 di mana beberapa barangan dan perkhidmatan terpilih dikenakan cukai 6%.

Untuk melihat senarai lengkap barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai, sila layari gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat