Cukup Dengan Isu Perang, Pelabur Nantikan Minit Mesyuarat FOMC!

741

Sentimen positif dalam pasaran terus mengangkat dagangan mata wang utama untuk mencatat keuntungan pada sesi Eropah ketika tumpuan pasaran kini beralih kepada laporan minit mesyuarat FOMC yang bakal diterbitkan pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Kebimbangan terhadap krisis di Eropah Timur terus merosot selepas terdapat laporan yang mengatakan Rusia telah menamatkan latihan ketenteraanya di Crimea dan mula meninggalkan kawasan itu.

Walaupun begitu, sekutu Amerika Syarikat iaitu Kesatuan Eropah (EU) dan UK tetap berhujah bahawa mereka tidak melihat terdapat tanda-tanda pengurangan ancaman daripada Rusia, yang mencadangkan serangan Moscow masih boleh terjadi.

Memasuki pasaran sesi Eropah, US dolar masih mencatatkan penyusutan sebagai safe-haven, di samping pelabur turut mengambil langkah berhati-hati menjelang penerbitan minit mesyuarat FOMC dan jualan runcit AS pada sesi New York.

Sementara mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi pula terus menunjukkan lantunan harga untuk didagangkan lebih tinggi walaupun data inflasi China mencatat bacaan mengecewakan pada Januari.

Mata wang pound pula mendapat sokongan untuk meningkat daripada data inflasi UK yang memaparkan peningkatan ke paras tertinggi terbaharu 30 tahun pada bulan lalu. Angka yang dicatatkan ini mencetuskan jangkaan untuk Bank Pusat England (BOE) menaikkan kadar faedahnya sekali lagi setelah dua kenaikan berturut-turut sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, euro kekal mempertahankan keuntungan menyusuli kemerosotan yang dipamerkan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat