Cuma Sebaris Kenyataan Trump Kembali Lonjakkan USD/CAD Sehingga 90 PIPS

492

Matawang dolar Kanada pada dagangan semalam menunjukkan kenaikan pada permulaan dagangan minggu ini dipandu oleh sentimen positif daripada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang memberi kelebihan kepada dagangan matawang komoditi.

Namun, CAD kembali mengalami kejatuhan terkesan oleh kenyataan daripada Presiden Donald Trump berkenaan isu minyak mentah.

“Oil prices getting too high. OPEC, please relax and take it easy. World cannot take a price hike – fragile!”.

Demikian kenyataan Trump dalam akaun media sosial Twitter beliau. Kenyataan tersebut telah menimbulkan kebimbangan terhadap pelabur setelah agak lama Trump tidak menyentuh berkaitan isu minyak sejak Disember tahun lalu.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam, Loonie yang berjaya mengukuh pada mulanya telah menekan harga sehingga mencatatkan paras terendah semasa yang baru ke sekitar paras 1.31120.

Namun, penghujung dagangan sesi Eropah bersambung ke sesi pasaran New York semalam, harga dilihat telah kembali membuat kenaikan setelah CAD mengalami kejatuhan susulan kenyataan Trump tersebut.

Harga telah merekodkan 90 pips kenaikan harga sehingga bersambung ke sesi dagangan Asia hari ini di mana harga kembali menguji paras tumpuan pada USD/CAD di paras 1.32000.

Jangkaan kenaikan harga boleh mencapai sekitar 130 pips pergerakan harga menuju ke paras resistance 1.3325 atau ke paras resistance 1.3302 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line sekiranya dolar CAD terus melemah.

Sebaliknya jika dagangan CAD kembali mengukuh, harga berpotensi mencecah sehingga 80 ke 130 pips penurunan harga ke paras terendah semalam atau ke sekitar support 1.3080 (MagicS2).

Lihat gambar chart USD/CAD di bawah sebagai rujukan untuk perbandingan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support: 1.3133, 1.3080, 1.3048.

Paras resistance: 1.3218, 1.3250, 1.3302.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat