Cuti-Cuti Thailand – Kerajaan Thai Benarkan Guna Kripto Untuk Melancong Di Thailand?

664

Laporan terkini melaporkan bahawa Thailand kelihatan berminat untuk menarik minat pemegang kripto di Jepun untuk melancong ke negara Thailand. Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujdukan kawasan pelancongan mesra kripto dan negara yang menjadi sasaran pertama adalah negara matahari terbit.

Berdasarkan laporan Per Bangkok Post, Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) sedang mengusahakan Thailand menjadi negara pertama yang menyambut baik pemegang kripto dari negara Jepun untuk fasa awal ini.

Program ini adalah bagi memulihkan kembali sektor pelancongan Thailand yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19. Program ini berobjektifkan untuk meningkatkan perbelanjaan.

Setelah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Promosi Teknologi (Thailand-Jepun), TAT akhirnya memutuskan pemegang kripto Jepun jadi negara pertama. Yuthasak Supasorn, yang merupakan orang kuat TAT memuji pasaran kripto dan ia sesuai dengan harapan Thailand untuk memperkukuhkan pelancongan dalam era pasca wabak.

Lanjut beliau, ‘sekiranya kita dapat mempersiapkan negara ini untuk pasaran kripto, ia akan membuka lebih banyak peluang dan meningkat perbelanjaan dalam kalangan pelancong.

Akhir sekali beliau juga berseloroh bahawa malah Elon Musk mungkin akan berminat untuk melancong di Thailand. Tahun ini, kerajaan Thailand sasarkan 8 juta pelancong.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat