CZ Binance Kritik AS & India, Bincang Tentang Mining & Memecoin Di Twitter AMA!

124

“Agak logik, tapi apa pula pandangan anda berkenaan isu dibual oleh CZ itu?”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) dalam sesi “Ask Me Anything” (AMA) Twitter telah berkongsi pandangan dan pencerahan berkaitan Binance dan kripto, antaranya ialah Lightning Network, pelan mining Bitcoin (BTC), cabaran kawal selia, memecoin dan sebagainya.

CZ berpandangan setiap bursa kripto seharusnya menyokong Lightning Network susulan ia sangat penting untuk Binance Pay dan perkhidmatan wallet lain yang berbeza.

Bagaimanapun, beliau sama sekali tidak berhasrat menyertai aktiviti mining BTC ataupun kripto susulan ia memiliki beberapa cabaran seperti kos elektrik yang tinggi, namun perlu diingat Binance telah mengendalikan pool mining* dan bukanlah farm mining**.

*Kumpulan miners yang bekerjasama sebagai satu entiti untuk menambah peluangnya mining blok dan berkongsi ganjaran antara satu sama lain mengikut kadar kuasa pengkomputeran      disumbangkan oleh mereka

**Menyelaras dengan kumpulan miners dalam satu ruang yang terdiri daripada beberapa komputer di mana mereka boleh bekerja dengan cekap pada kod hash mereka bersama-sama untuk mining BTC

Seterusnya, CZ mengkritik kawal selia Amerika Syarikat (AS) dan India yang menyebabkan pelabur termasuk bank sukar berurus niaga dengan kripto susulan masih tiada peraturan dan panduan jelas berkaitan aset digital.

Susulan kurang berminat dengan memecoin, non-fungible token (NFT), metaverse serta projek lain, beliau juga berpendapat orang ramai tidak sepatutnya melabur dalam memecoin dan mengikuti YouTuber yang meminta wang atau melabur dalam sesuatu kripto.

Dalam pada itu, CEO Binance tersebut turut rancang mengembangkan perkhidmatannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hong Kong berikutan pengawal selianya yang mesra kripto dan sedaya upaya meningkatkan penggunaan aset digital.

Memang tidak dinafikan pengawal selia Hong Kong telah melunaskan matlamatnya untuk menjadikan bandar itu sebagai hab setelah banyak kripto berjaya memohon lesen dan pelabur runcit pula dibenarkan melabur dalam aset digital seperti BTC dan Ethereum (ETH).

Sementara landskap di AS kekal mengelirukan walapun beberapa calon presiden telah mempromosikan BTC kerana tahap sokongan daripada mereka mahupun Kongres sentiasa rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat