Dagangan 2023 Sudah Dibuka, Ini Perkara Perlu Diberi Tumpuan!

255
  • USD positif pada awal dagangan 2023
  • Safe-haven dapat sokongan
  • Kebimbangan kemelesetan meningkat

Pembukaan dagangan Selasa menyaksikan dagangan safe-haven mendapat sokongan untuk meningkat di tengah-tengah kebimbangan terbaharu terhadap kemelesetan.

Ini rentetan amaran daripada ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgiva yang mengatakan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan China akan menyaksikan ekonomi lebih perlahan tahun ini.

Ekoran itu, dagangan safe-haven US dolar, yen dan swiss franc mencatatkan peningkatan pada sesi Asia hari ini, manakala mata wang utama lain pula merosot.

Meskipun begitu, pergerakan mata wang dalam pasaran kekal terbatas memandangkan masih ramai pelabur belum kembali dari percutian tahun baharu di kebanyakan negara.

Pasaran juga sepi dari ketiadaan data-data utama yang hanya akan diterbitkan mulai hari Rabu, dengan tumpuan pasaran lebih terarah kepada keluaran laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Mata wang euro adalah yang terlemah pada pembukaan 2023, memperlihatkannya diniagakan sekitar harga 1.065 berbanding US dolar, manakala pound bergerak perlahan pada 1.204.

Dolar Aussie pula sedikit merosot setelah menjadi mata wang yang paling kuat pada sesi terdahulu dengan menutup dagangan pada 0.6800.

Sementara itu, ketidakpastian Covid-19 China terus membelenggu pasaran, dengan lebih banyak negara mula memperkenalkan langkah baru untuk mengawal penyebaran baru wabak dari negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat