Dagangan Berhati-Hati, Pasaran Tempatan Lemah

224

Bursa Malaysia dibuka rendah sejajar dengan pasaran serantau yang menjejaki prestasi semalaman yang mendatar di Wall Street di samping pasaran menanti pemangkin baru untuk mengangkat ekuiti tempatan.

Indeks dibuka susut 1.57 mata kepada 1593.50 dengan jumlah dagangan 150.774 juta unit bernilai RM150.774 juta.

Sentimen pasaran kekal berhati-hati dipengaruhi oleh faktor luaran seperti perkembangan rundingan perdagangan AS dan China di samping sentimen di pasaran global yang tidak menentu.

Di pasaran tempatan, antara saham yang mengalami kerugian adalah Petronas Chemicals susut 1.33%, Malaysian Pacific Industries Bhd rendah 1.63%, British American Tobacco (BAT) turun 0.62%, Carlsberg 0.63% manakala Maybank Bhd rugi 0.57%.

Sementara itu, pengukuhan mata wang dolar AS menyebabkan dagangan ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS.

Ringgit diniagakan pada 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1770/1800.

Dolar AS mengukuh di tengah-tengah kebimbangan terhadap perkembangan dalam rundingan perdagangan yang meningkat susulan daripada tindakan delegasi pertanian China membatalkan lawatan ke Montana telah menimbulkan spekulasi mengenai ketidakpastian perdagangan.

Mata wang ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0316/0348 daripada 3.0301/0325 dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.8802/8850 daripada 3.8849/8891.

Selain itu, unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1928/1982 manakala berbanding euro, ringgit susut kepada 4.5905/5953.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat