Dagangan Bursa Sasar Untuk Kembali Uji Paras 1,600

191

Dagangan Bursa Malaysia diniagakan sedikit tinggi hari ini meskipun pasaran Wall Street mempamerkan prestasi mendatar pada Jumaat dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dari jangkaan.

Laporan pekerjaan AS yang menjadi tumpuan pada penghujung minggu lalu catat kejatuhan drastik sebanyak 235,000 pekerjaan pada Ogos berbanding jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan penambahan pekerjaan sebanyak 720,000 pekerja.

Setakat 9.43 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.20 mata kepada 1,590.39 daripada 1,589.19 sewaktu penutupan pasaran pada Jumaat.

Lapor Bernama, indeks utama itu dibuka 1.48 mata lebih tinggi kepada 1,590.67.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 328 berbanding 262, manakala 362 kaunter tidak berubah, 1,286 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 721.03 juta unit bernilai RM335.99 juta.

Menurut Malacca Securities, pelabur dijangka sedang menantikan kadar pengangguran Malaysia dan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar feadah yang bakal dikeluarkan pada Khamis.

Tambahnya, mereka berharap agar nada pemulihan aktiviti ekonomi terus mencatat lonjakan disokong oleh kadar vaksinasi yang kian meningkat.

Dalam pada itu, sektor pemulihan seperti perbankan, bahan binaan, pengguna serta pengangkutan dan logistik dijangka akan terus memperoleh tumpuan pelabur.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM8.39, Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.26 dan IHH Healthcare melonjak lima sen kepada RM6.38.

Public Bank dan TNB masing-masing jatuh dua sen kepada RM4.11 dan RM10.34.

Bagi saham aktif, Emico Holdings meningkat 10 sen kepada 47 sen dan Vortex Consolidated, Avillion dan KNM Group masing-masing naik setengah sen kepada 8.5 sen, 13.5 sen dan 28 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 naik 8.48 mata pada 11,301.47, FBM 70 melonjak 32.70 mata kepada 15,132.95 dan FBM ACE susut 49.34 mata kepada 7,202.44.

Indeks FBM Emas meningkat 11.25 mata kepada 11,606.23 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 15.24 mata kepada 12,709.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 11.02 mata kepada 15.525.75, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.92 mata kepada 200.84 dan Indeks Perladangan melonjak 3.53 mata kepada 6,703.22.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat