Dagangan Emas Tembusi Paras Ketinggian Terbaru, Mungkin Naik Tinggi Lagi?

1,003

Emas melonjak melepasi paras harga $1,770 per auns untuk pertama kalinya sejak Oktober 2012, didorong oleh kebimbangan mengenai gelombang kedua jangkitan coronavirus dan jangkaan berterusan terhadap langkah-langkah rangsangan.

Menurut data yang dikeluarkan John Hopkins University, lebih dari 9 juta orang telah dilaporkan dijangkiti wabak pandemik coronavirus, dan mengorbankan lebih dari 470,000 nyawa di seluruh dunia.

Logam kuning itu didagangkan meningkat di sekitar paras harga $1767 per auns, setelah mencecah tahap tertinggi pada $1,773 per auns ketika sesi pasaran Asia. Sementara niaga hadapan emas pula meningkat 0.20% dan didagangkan pada $1,785.55 per auns.

Untuk minggu kedua berturut-turut, Texas, Arizona dan Nevada merekodkan bacaan tertinggi terbaru dalam kes coronavirus, manakala 10 negeri di Amerika Syarikat yang lain juga bergelut dengan peningkatan kes jangkitan.

Susulan daripada kegagalannya membendung penularan ini, Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk menyekat kemasukan pelancong dari negara itu, meletakkannya ke dalam kategori yang sama dengan Brazil dan Rusia.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin memaklumkan pada hari Selasa, bahawa rang undang-undang rangsangan negara berikutnya akan memberi tumpuan kepada usaha untuk mengembalikan pemulihan dalam sektor pekerjaan.

Tambahan daripada itu, Perbendaharaan AS juga dikatakan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tarikh akhir pemfailan cukai.

Emas telah meraih keuntungan hampir 16% tahun ini, disokong oleh langkah rangsangan yang meluas oleh bank pusat seluruh dunia kerana ia dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan penurunan nilai matawang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat