Dagangan EURO Terus Merosot, 140 Pips Penurunan Dicatatkan Pada EUR/USD

612

Matawang Euro menjadi tumpuan pasaran pada malam tadi dengan menunjukkan kejatuhan drastik pada pergerakan harga selepas penetapan kadar faedah oleh bank pusat dalam mesyuarat polisi semalam.

European Central Bank (ECB) seperti jangkaan telah mengekalkan kadar faedah sedia ada di paras sifar. Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020 dan bank pusat telah menurunkan unjuran ekonomi membuatkan matawang EURO mengalami kejatuhan nilai yang ketara pada sesi dagangan New York semalam.

Bank pusat tersebut turut mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang pada September 2019 bertujuan untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

Euro merekodkan kejatuhan ke paras terendah 21 bulan berbanding dolar AS pada Jumaat terkesan dengan isyarat dovish oleh bank pusat dengan pergerakan harga semakin tidak menentu menjelang laporan data pekerjaan Amerika Syarikat pada hari ini. Kejatuhan harga pada EUR/USD semalam telah merekodkan sekitar 140 pips penurunan dalam satu sesi.

Laporan data pekerjaan NFP AS pada malam ini akan menjadi fokus utama di mana pasaran menjangkakan 180,000 pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat dicatatkan dan lebih rendah daripada angka 304,000 pertambahan sebelum ini.

Komponen laporan yang lebih menjadi keutamaan adalah kadar purata pendapatan di mana pasaran menjangkakan bakal ada peningkatan pada angka bacaan mala mini dan berkemungkinan akan menyokong pengukuhan USD. Di samping itu juga, kadar pengangguran diramalkan akan turut menunjukkan penurunan untuk bacaan bulan Februari.

Turut akan dikeluarkan bersama adalah laporan data pekerjaan di Kanada yang dijangka akan mencatatkan pertambahan yang rendah berbanding lonjakan ketara pada pertambahan pekerjaan Januari. Kadar pengangguran dijangka akan kekal tidak berubah di paras 5.8%.

Matawang komoditi CAD itu akan terus didagangkan berisiko selepas kadar faedah di Kanada dikekalkan dan data IVEY PMI untuk meninjau keyakinan perniagaan di Kanada mencatatkan angka yang merosot pada bacaan data minggu ini.

Dolar AUD pula masih kekal berada dalam kelompok dagangan yang berisiko selepas data ekonomi menunjukkan pergerakan yang perlahan pada suku terakhir untuk dua tahun ini.

Pound Sterling pula merekodkan kejatuhan terbesar minggu dalam tempoh tujuh minggu dagangan pada Khamis berikutan kebuntuan pada isu Brexit.

Tiada cadangan yang mampu mengubah rundingan Brexit bersama Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh 48 jam dan sumber dari kerajaan menyatakan pada Khamis bahawa, Kesatuan Eropah tidak berganjak daripada keputusan semasa.

Pada Selasa lalu, pegawai rundingan Brexit Kesatuan Eropah telah menolak cadangan terbaru berkenaan sempadan Ireland oleh Peguam Britain, Geoffrey Cox di Brussels dan memberitahu beliau untuk merencanakan semula pelan cadangan tersebut untuk dibentangkan pada Jumaat.

Matawang safe-haven Yen dalam pasaran semasa dapat menarik permintaan daripada para pelabur berikutan keadaan pasaran yang agak bergelora dengan ketegangan politik yang melanda serta ketidaktentuan dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat