Dagangan Komoditi Cemerlang, Manfaatkan Kelemahan US Dollar

122

Walaupun kebimbangan terhadap peningkatan bekalan dan permintaan yang terjejas, harga minyak mentah mencatatkan peningkatan pada awal sesi pasaran Asia pada Jumaat disokong oleh kejatuhan ketara bagi nilai mata wang US dolar menuju ke penghujung minggu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk Jun meningkat 0.1% kepada $63.27 setong manakala minyak mentah WTI pula untuk Mei pada $59.77 setong, meningkat 0.3%.

Penyusutan US dolar berikutan penurunan hasil bon AS telah meningkatkan keyakinan dan tarikan buat pelabur semula terhadap pasaran komoditi.

Situasi ini dilihat menyokong semula pasaran minyak selepas jangkaan penurunan bagi emas hitam tersebut pada minggu ini susulan keputusan perbincangan oleh negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) bersama rakan sekutu termasuk Rusia yang dikenali OPEC+, telah bersetuju untuk meningkatkan bekalan sehingga 2 juta tong sehari antara Mei dan Julai nanti.

Namun, penganalisis menjangkakan bekalan minyak mentah global akan menurun ekoran jangkaan permintaan yang meningkat pada separuh tahun kedua dengan pemulihan ekonomi global.

Dagangan emas juga turut meningkat dan telah mencapai paras harga tertinggi terbaru untuk tempoh 5 minggu susulan penyusutan US dolar dalam yang berterusan sehingga penghujung minggu ini.

Emas telah melonjak mencapai paras harga $1,758 per auns sedikit mengatasi ketinggian paras harga yang dicapai pada 18 Mac lalu.

Sekiranya pasaran melihatkan US dolar berterusan mengalami penyusutan, penganalisis akan kembali menjangkakan harga emas berpotensi mencapai semula ke paras harga sehingga $1,800.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat