Dagangan Komoditi Terus Kibar ‘Bendera Putih’ Menuju Hujung Minggu

160

Menuju dagangan penghujung minggu, pasaran komoditi memaparkan berita suram dengan penurunan pada nilai aset emas dan juga minyak mentah di pasaran global.

Emas susut ke paras terendah terbaru lebih 1 bulan hampir $1,700 ekoran faktor pengukuhan US dolar sejak penghujung minggu lalu setelah Federal Reserve (Fed) dilihat akan meneruskan pengetatan dasar yang agresif dengan jangkaan kenaikan kadar 75 mata asas untuk kali ketiga berturut-turut pada mesyuarat FOMC September.

Walaupun aset emas dilihat sebagai pelaburan pilihan pelabur sebagi aset kalis inflasi, namun faktor kenaikan kadar faedah yang tinggi akan meningkatkan kos simpanan emas.

Namun, emas berpeluang untuk meningkat di penghujung minggu dengan jangkaan US dolar berpotensi untuk melemah pada terbitan laporan data pekerjaan NFP AS yang dijangka suram.

Penurunan terbaru nilai emas ini adalah terendah dalam tempoh 6 minggu setelah paras terendah dicecah pada 21 Julai lalu di sekitar $1,680.

Sementara, harga minyak mentah pula mencatatkan penurunan bersambung pada dagangan Khamis didorong oleh faktor peningkatan bekalan dan permintaan yang perlahan.

Harga minyak mentah WTI AS telah susut ke sekitar $94.5 sementara minyak Brent pula jatuh ke paras $88.5.

Kebimbangan terhadap ekonomi global akan menambahkan lagi risiko terhadap permintaan setelah sebelum ini terkesan oleh sekatan pergerakan di China akibat penularan Covid-19 selain gelombang haba yang melanda negara Tembok Besar itu.

Aktiviti perkilangan di China turut mencatatkan penguncupan berdasarkan terbitan data terbaru di sesi Asia pagi ini untuk bacaan Ogos menunjukkan ekonomi bergelut untuk mengekalkan momentum.

Pengeluaran minyak mentah oleh Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Amerika Syarikat telah ditingkatkan ke paras tertinggi sejak pandemik.

Pengeluaran OPEC capai 29.6 juta tong sehari untuk beberapa bulan terbaru, sementara pengeluaran minyak di AS pula meningkat kepada 11.82 juta tong sehari pada Jun, kedua-duanya capai paras tertinggi sejak April 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat